Gisele Bundchen, supermodel terkemuka yang menerima bayaran tertinggi dalam sejarah dunia supermodel mengikut laporan oleh Forbes mempunyai jumlah harta sekitar USD 150 billion. Pernahkah anda impikan kehidupan sepertinya? Kini, tiada lagi yang mustahil. Anda boleh menjadi sepertinya dengan pelbagai koleksi pada harga yang berpatutan.
Dari mata, turun ke hati. Kaca mata ini boleh didapati di sunglasshut. Dengan gaya juruterbang, kaca mata Polo Ralph Lauren PH3039J ini dijual pada harga USD109.98 sahaja.
Tumpuan utama untuk baju yang dipakai. Otho Script Bird Tee dan Charissa Beaded Tee dari Ralph Lauren ini bukan sahaja nampak ringkas, tetapi coraknya mampu menyerlahkan sifat kewanitaan anda. Keduanya kini dijual dengan harga USD29.99, selepas potongan harga yang hebat.
Seterusnya di senarai menunggu ialah denim oleh GAP, Easy Straight Destructed Jeans (Medium Wash). Sebelum ini, denim bergaya ini dijual dengan harga USD69.50. Kini, ia boleh didapati dengan harga USD34.99. Juga boleh didapati dalam saiz kecil dan panjang. Lawati laman web GAP untuk tawaran hebat denim ini!
Sesuai dengan gaya yang kasual, Massiel Leather Thong ini dijual pada harga USD 39.99 sahaja! Kulit yang lembut ini pastinya menjanjikan keselesaan sepanjang anda berhujung minggu.
Akhir sekali, sebagai pelengkap, Pashmina Sutera Buatan Tangan ini dijual pada USD USD 89.10. Jika berminat, anda boleh membidanya di ebay.com.
Selamat mencuba!